Menjelang sahaja musim perkahwinan, banyak jenis kad kahwin yang anda temui sama ada dari segi warna dan coraknya hinggalah ke bentuk kad kahwin tersebut. Ada yang biasa dan ada yang luar biasa. Kad kahwin merupakan salah satu elemen yang penting dalam sesuatu majlis perkahwinan kerana ianya menggambarkan kesenian dan kecantikan sesebuah majlis perkahwinan sebelum majlis tersebut berlangsung. Namun begitu, tidak ramai pasangan yang mengambil tahu betapa pentingnya kad kahwin itu dalam suatu perkahwinan dan hanya melakukan sambil lewa dalam mencorakkan dan mereka bentuk kad kahwin mereka. Kad kahwin yang cantik tidak semestinya perlu berwarna-warni dan kad kahwin simple tidak semestinya buruk. Keunikan dan kecantikan kad kahwin terletak pada kreativiti anda dalam memilih design yang sesuai dengan tema perkahwinan anda. Oleh itu, berikut merupakan beberapa panduan yang anda boleh ikuti dalam memilih dan membuat keputusan ke atas reka bentuk kad kahwin anda.
Pertama sekali yang anda perlu tentukan ketika hendak memilih design kad kahwin anda adalah tentukan tema dan warna perkahwinan anda. Ianya disyorkan supaya anda memilih warna kad kahwin sama dengan tema perkahwinan anda sendiri. Sekiranya tema perkahwinan anda berwarna ungu gelap, maka kad kahwin anda perlulah mengikuti warna seakan-akan warna tema anda supaya kelihatan lebih menarik dan lebih ekslusif ketika menjayakan majlis anda. nurfa.com merupakan salah satu laman web yang menawarkan pakej kad kahwin lebih daripada 80 design yang simple dan ekslusif.
Perkara kedua yang anda perlu tentukan selepas memilih warna kad kahwin pilihan anda adalah saiz kad kahwin tersebut. Terdapat banyak jenis saiz kad kahwin yang ditawarkan di pasaran termasuklah kad kahwin berbentuk poskad, kad kahwin lipat 1, lipat 2 dan ada lipat 3. Bagi perkahwinan yang mempunyai dua pasangan pada hari perkahwinan yang sama, kad kahwin yang mempunyai mempunyai 3 atau 4 lipatan merupakan yang paling sesuai untuk digunakan manakala bagi majlis yang hanya mempunyai satu pasangan, kad kahwin tanpa lipatan,2 atau 3 lipatan sudahpun mencukupi. Di nurfa.com, pelbagai jenis bentuk kad kahwin ditawarkan bagi memenuhi keperluan dan citarasa anda dalam pemilihan kad kahwin anda.
Di samping saiz dan warna kad kahwin anda, harga kad kahwin anda juga perlu dititikberatkan terutamanya apabila hendak menempah kad kahwin dalam jumlah yang banyak. Kebanyakan pakej kad kahwin murah menawarkan harga yang lebih murah sekiranya anda menempah dengan jumlah yang banyak. Ini bermakna lebih banyak jumlah kad kahwin yang anda tempah, lebih murah harga untuk sekeping kad kahwin anda. Harga kad kahwin bergantung kepada saiz dan ketebalan yang anda tempah serta harga pakej yang anda pilih. Salah satu laman web yang menawarkan pakej kad kahwin murah dan kad kahwin bajet adalah nurfa.com dimana mereka menyediakan pelbagai pilihan design dan bentuk kad kahwin yang boleh dipilih pada harga yang sangat murah terutamanya apabila anda menempah pada jumlah yang banyak. Kad kahwin bajet dan kad kahwin ekslusif yang ditawarkan oleh mereka adalah dibuat dan direka bentuk oleh mereka sendiri menggunakan kualiti yang tinggi.
Kesimpulannya, memilih kad kahwin tidaklah begitu rumit dan susah. Tambahan pula, pada zaman moden ini, semuanya berada di hujung jari anda di mana anda hanya perlu klik tempah, buatkan bayaran dan tunggu sehingga kad kahwin tersebut diposkan ke depan pintu rumah anda. Layarilah nurfa.com bagi pilihan kad kahwin yang pelbagai dari segi bentuk, corak, warna dan design yang menarik perhatian bagi menyerikan lagi majlis perkahwinan anda. Kad kahwin bajet yang ditawarkan di nurfa.com adalah sangat berpatutan berbanding pakej kad kahwin yang ditawarkan di tempat lain.